Laman Utama  |  Profil Korporat  |  Kem  |  Kemudahan  |  Pakej  |  Galeri  |  Hubungi Kami  |

 

 

BIOinsaniah Camp merupakan nama rasmi yang digunakan bagi kem motivasi kelolaan Tawar Farm & Plantation.

BioInsaniah Camp beroperasi mulai Mac 2010 dengan program sulung yang diadakan iaitu Program Motivasi Pelajar SPM 2010 kelolaan Kolej Komuniti YPJ anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pelan Tapak BIOinsaniah Camp

Perkembangan BIOinsaniah Camp

BIOinsaniah Camp dibangunkan di atas tanah seluas 5 ekar di Batu 2, Parit Bunga. Ledang. Ianya terletak di lokasi strategi di jalan utama di antara Bandar Maharani di Daerah Muar dan Bandar Tangkak di Daerah Ledang. Ianya terletak dalam kawasan Parit Bunga, Mukim Kesang Daerah Ledang. Lokasi ini terletak kira-kira 20 km dari bandar Tangkak dan kira-kira 5 km dari bandar Maharani, Muar.

Ianya mula dibangunkan pada awal tahun 2008 dan mula beroperasi pada bulan Mac 2010. Berkonsepkan agro-pelancongan, kem ini bukan sahaja tertumpu kepada kem motivasi semata-mata tetapi juga berfungsi sebagai satu tempat tarikan pelancongan.

Pengunjung atau pelancong dialu-alukan untuk menginap dan merasai satu pengalaman yang menyeronokkan dengan pakej-pakej yang disediakan dalam suasana kampung yang damai dengan pelbagai aktiviti yang diaturkan.

Gambar Perkembangan BIOinsaniah Camp

2010-2017 Tawar Group Of Companies. Hakcipta Terpelihara
Semua artikel, tulisan, grafik, gambar dan ilustrasi yang diterbitkan di dalam laman web ini merupakan hakcipta yang dimiliki oleh kami dan pihak-pihak yang dinyatakan. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan laman ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa mendapat kebenaran secara rasmi daripada kami.