Laman Utama  |  Profil Korporat  |  Kem  |  Kemudahan  |  Pakej  |  Galeri  |  Hubungi Kami  |

Pendahuluan  :  Misi  :  Objektif  :

 

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Di peringkat awal, penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional.

Kini, sektor pertanian bukan lagi untuk ekonomi sara diri semata-mata tetapi sektor pertanian sekarang adalah sebahagian daripada perniagaan. Penggubalan Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara dan mempertingkatkan lagi hasil serta pendapatan terutamanya kepada petani, penternak dan juga nelayan. Selain itu keterlibatan generasi muda terutamanya golongan siswazah kepada sektor pertanian dan industri asas tani diharapkan dapat mewujudkan petani moden yang menggunakan pelbagai teknologi terkini dalam meningkatkan hasil pendapatan negara.

Tawar Farm & Plantation mengorak langkah dalam menyahut seruan kerajaan dalam merancakkan aktiviti pertanian dan industri asas tani dengan mewujudkan perniagaan berasakan pertanian dan industri asas tani sebagai satu langkah mengembangkan serta mempelbagaikan lagi bidang perniagaan yang diceburi di samping mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan siswazah bumiputera.

Di samping terlibat dalam sektor pertanian, Tawar Farm & Plantation juga menawarkan konsep agro-pelancongan di dalam bidang perniagaan kami ini. Di samping menjalankan aktiviti pertanian, kami juga sedang membangunkan sebuah kem motivasi yang membolehkan para pelajar melakukan aktiviti riadah dan mengisi masa terluang terutamanya pada musim cuti sekolah. Ketiadaan tempat riadah seperti ini terutamanya di sekitar Daerah Muar dan Ledang telah menimbulkan idea kepada kami untuk membangunkan kawasan seperti ini sebagai satu lagi tarikan pengunjung dan juga pelancong dalam dan juga luar negara di samping menambahkan lagi produk-produk pelancongan yang telah sedia ada.

 

2010 Tawar Group Of Companies. Hakcipta Terpelihara
Semua artikel, tulisan, grafik, gambar dan ilustrasi yang diterbitkan di dalam laman web ini merupakan hakcipta yang dimiliki oleh kami dan pihak-pihak yang dinyatakan. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan laman ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa mendapat kebenaran secara rasmi daripada kami.