Laman Utama  |  Profil Korporat  |  Kem  |  Kemudahan  |  Pakej  |  Pelanggan  |  Galeri  |  Hubungi Kami  |

Maklumat Korporat  Organisasi  Lesen Perniagaan  :  Tajuk Didaftarkan  :

 

TAWAR FARM & PLANTATION merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia dan beralamat di No 11, Jalan Dusun Permai 1, Taman Dusun Permai, Kesang Laut, 84000 Ledang, Johor. Syarikat ini didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi sekitar Daerah Muar dan Ledang, Johor secara khusus dan seluruh Malaysia secara umumnya. 

Syarikat ini secara khususnya mengendalikan perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam memberi perkhidmatan yang terbaik setelah membekalkan perkhidmatan dan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang perseorangan. 

Penubuhan TAWAR FARM & PLANTATION ini juga menunjukkan bahawa kami juga telah bersedia untuk menghadapi arus globalisasi dan seterusnya membimbing tenaga baru khususnya tenaga professional dan para graduan dari universiti bagi tujuan sebagai generasi pelapis untuk masa hadapan. Berbekalkan gabungan tenaga ini, kami yakin bahawa kami mampu untuk menyaingi syarikat-syarikat gergasi dan juga syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing dan bukan bumiputera. 

Syarikat ini juga menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai lagi terutamanya dari kalangan bumiputera dan graduan universiti menceburi dan terlibat secara aktif dalam bidang pertanian dan industri asas tani bagi menyokong dasar kerajaan memantapkan sektor pertanian menjadi salah satu penyumbang kepada kestabilan ekonomi negara. 

Melalui profil ini, kami berharap agar ia dapat memberikan serba sedikit maklumat sebagai asas dalam mengenali operasi yang kami jalankan dan dengan pengalaman serta gabungan kepakaran yang kami ada, kami berasa optimis bagi menawarkan perkhidmatan kami mengikut kepuasan semua pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

 

2010 Tawar Group Of Companies. Hakcipta Terpelihara
Semua artikel, tulisan, grafik, gambar dan ilustrasi yang diterbitkan di dalam laman web ini merupakan hakcipta yang dimiliki oleh kami dan pihak-pihak yang dinyatakan. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan laman ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa mendapat kebenaran secara rasmi daripada kami.