Laman Utama  |  Profil Korporat  |  Kem  |  Kemudahan  |  Pakej  |  Pelanggan  |  Galeri  |  Hubungi Kami  |

Pendahuluan  :  Misi  :  Objektif  :

SELAMAT DATANG KE KEM LATIHAN & HOMESTAY
TAWAR FARM & PLANTATION

Tawar Farm & Plantation merupakan satu lagi tarikan pelancongan terkini di Daerah Tangkak.

Terletak kira-kira 20 minit dari Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Maharani, Muar, Tawar Farm & Plantation ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan.

Berkonsepkan budaya dan tradisi Melayu Johor, kebanyakan binaan seperti chalet dan dewan diterapkan dengan rekabentuk rumah limas Johor yang terkenal dengan kehalusan serta keindahan seni rekabentuk yang tinggi. Dengan keluasan tanah 5 ekar, pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan serta menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Tawar Farm & Plantation  ini juga merupakan pusat latihan outdoor (Outdoor Training Centre) yang dikenali sebagai BIOinsaniah CAMP bagi Formula 3E (Extra Mind, Extra Mild, Extra Mile) anjuran dan kelolaan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, pengasas Konsep 3E dan pakar motivasi terkenal.

Tawar Farm & Plantation Corporate Video

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumbalas, anda boleh menghantarnya di sini. 

Program Terkini

Program Terkini

Program Terkini

Jauhar Youth Leadership Camp 2017 (YPJ) Kursus Profesionalisme Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Tangkak Bengkel Pemantapan Program Perkhidmatan Job Coach 2017

 

Kalender Aktiviti
Tawar Farm & Plantation
Tahun 2017


 

 

 

   

 

Kemaskini terakhir pada 30 Ogos 2017

2010-2017 Tawar Group Of Companies. Hakcipta Terpelihara
Semua artikel, tulisan, grafik, gambar dan ilustrasi yang diterbitkan di dalam laman web ini merupakan hakcipta yang dimiliki oleh kami dan pihak-pihak yang dinyatakan. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan laman ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa mendapat kebenaran secara rasmi daripada kami.