free html templates

Kem Latihan & Homestay Di Tangkak

Tawar Farm & Plantation

Tawar Farm & Plantation merupakan satu lagi tarikan pelancongan terkini di Daerah Tangkak.

Terletak kira-kira 20 minit dari Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Maharani, Muar, Tawar Farm & Plantation ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan.

Berkonsepkan budaya dan tradisi Melayu Johor, kebanyakan binaan seperti chalet dan dewan diterapkan dengan rekabentuk rumah limas Johor yang terkenal dengan kehalusan serta keindahan seni rekabentuk yang tinggi. Dengan keluasan tanah 5 ekar, pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan serta menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Mobirise
Alamat

MTK 28/3 Lot 142
Jalan Hj Bahar,
Batu 3 1/4 Pt Bunga
84000 Tangkak
Johor.

Hubungi Kami

Email: tfp@tawarunggul.com
Phone: 06-959 4400
Fax: 06-959 4400
Mobile : 016-665 9052